COVID-19: 251 kes baharu, tiada kematian dicatat

Astro Awani
Mac 11, 2023 08:40 MYT
9,350 aktif dilaporkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 9,012 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara turun kepada 251 kes pada Jumaat berbanding 279 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.
Berdasarkan kepada portal KKMNOW, satu daripada jangkitan itu merupakan kes import.
Untuk semalam, tiada kematian direkodkan berkaitan COVID-19.
Sementara itu, 9,350 aktif dilaporkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 9,012 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Keadaan kekal di mana tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 332 pesakit sedang mendapat rawatan di hospital.
Enam pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, dua pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara turut merekodkan 197 kes pesakit sembuh daripada jangkitan COVID-19.
#COVID-19 #kes baharu #kes kematian #KKMNOW
;