COVID-19: 241 kes baharu, tiada kematian dicatat

Astro Awani
Februari 18, 2023 01:50 MYT
Kes aktif yang dilaporkan pada Jumaat kekal di bawah 10,000 kes, namun naik sedikit kepada 9,405 berbanding 9,399 pada hari sebelumnya. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes untuk 41 hari berturut-turut.
Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Jumaat susut ke 241 berbanding 281, yang dilaporkan hari sebelumnya.
Untuk Jumaat, tiada kematian direkodkan berkaitan COVID-19.
Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Jumaat kekal di bawah 10,000 kes, namun naik sedikit kepada 9,405 berbanding 9,399 pada hari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 9,080 kes atau 96.5 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Keadaan kekal di mana tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 316 pesakit mendapat rawatan di hospital.
Sembilan pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan tiga pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 257 kes sembuh.
#COVID-19 #kes baharu #kes kematian #KKMNOW