COVID-19: 24,316 kes baharu, 99.3 peratus kategori 1 dan 2
Astro Awani
Mac 25, 2022 11:22 MYT
Mac 25, 2022 11:22 MYT
MALAYSIA merekodkan 24,316 kes baharu COVID-19 pada Khamis.
Daripada jumlah itu, 24,019 kes adalah kes jangkitan tempatan, manakala 297 kes adalah kes import.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 24,164 kes (99.37 peratus) adalah kategori satu dan dua manakala 152 kes (0.63 peratus) adalah kategori 3,4 dan 5.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 4,079,242.
Sebanyak 321 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 194 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 25,512 kes.
Semalam juga, empat lagi kluster baharu direkodkan, dengan 251 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.91, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.06.