COVID-19: 22,030 kes baharu, nilai R-naught kini 0.96
Astro Awani
Mac 15, 2022 10:25 MYT
Mac 15, 2022 10:25 MYT
KUALA LUMPUR : Jumlah kes positif harian COVID-19 negara terus menunjukkan penurunan apabila sebanyak 22,030 kes dilaporkan semalam.
Daripada jumlah itu, 21,636 kes adalah kes jangkitan tempatan, manakala 394 kes adalah kes import.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 21,804 kes (98.97 peratus) adalah kategori satu dan dua manakala 226 kes (1.03 peratus) adalah kategori 3,4 dan 5.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 3,845,601 kes.
Sebanyak 388 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 215 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 33,872 kes.
Semalam juga, dua lagi kluster baharu direkodkan, dengan 377 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.96, dengan Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.21.
Ia diikuti Kuala Lumpur dan Terengganu dengan 1.12.