KUALA LUMPUR: Sabah hari ini melaporkan pertambahan 2,404 kes positif COVID-19 dengan 210 kes melibatkan bayi berusia bawah satu tahun dan kanak-kanak berusia di antara satu hingga lima tahun.

Menerusi kenyataan Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, 455 kes pula melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun hingga 17 tahun.

‘’Seramai 27 orang pesakit adalah bayi di bawah umur satu tahun dan 183 berumur antara satu hingga lima tahun.

‘’455 kes melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun sehingga 17 tahun,’’ katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

Selain itu, saringan kontak rapat kekal menjadi penyumbang utama pertambahan kes di negeri itu dengan 1,393 kes atau 57.9 peratus.

Saringan individu bergejala pula dengan 755 kes atau 31.4 peratus, 65 kes dikesan daripada kluster sedia ada.

‘’719 kes merupakan pesakit kategori satu, 1,546 kategori dua dan 14 kes kategori tiga. Sebanyak 14 kes pula merupakan kategori tiga, tujuh kes kategori empat dan 11 kes kategori lima manakala 107 masih dalam siasatan,’’ tambahnya.

Antara lain, 983 atau 40.9 peratus adalah kes daftar lewat (backlog) antara dua hingga tiga hari, 127 atau 5.3 peratus merupakan kes lewat daftar antara empat ke lima hari.

Manakala, 261 atau 10.9 peratus didaftar lewat melebihi lima hari selepas keputusan ujian diketahui.