COVID-19: 20 sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari
Dewi Nur Harasha Alias
April 26, 2021 11:40 MYT
April 26, 2021 11:40 MYT
GEORGE TOWN: Sebanyak 20 sekolah di Pulau Pinang ditutup selama dua hari susulan laporan kes COVID-19 di premis terbabit.
Penutupan itu melibatkan sekolah rendah dan menengah di lima daerah di negeri itu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas panjang.
Abdul Rashid berkata, susulan penutupan itu, semua sekolah yang terlibat perlu mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
"Ya, setakat ini 20 buah sekolah ditutup selama dua hari mulai hari ini.
"Semua murid dan pelajar terlibat boleh mengikuti PDPR sementara sekolah ditutup," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
#sekolah ditutup
#COVID-19
#penyakit berjangkit
#penularan jangkitan
#tutup dua hari
#Abdul Rashid Abdul Samad