COVID-19: 20,670 kes baharu, menurun sedikit berbanding semalam

Astro Awani
Ogos 14, 2021 18:23 MYT
Dr Noor Hisham berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1,384,353 jangkitan di Malaysia. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 dalam negara merekodkan 20,670 kes baharu, menurun sedikit berbanding 21,468 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1,384,353 jangkitan di Malaysia.
Selangor masih merekodkan angka jangkitan harian tertinggi dengan 6,606 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur; 2,028 kes, Kedah; 1,796 kes, Sabah; 1,752 kes, Johor; 1,425 kes, Kelantan; 1,370 kes dan Pulau Pinang; 1,251 kes.

Sehingga 14 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yg dilaporkan adalah 20,670 kes (1,384,353 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 6,606 (505,347) WPKL - 2,028 (153,057) Johor - 1,425 (109,337) Sabah - 1,752 (103,437) Sarawak - 725 (86,043) Negeri Sembilan - 727 (84,171)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kedah - 1,796 (67,036) Pulau Pinang - 1,251 (59,200) Kelantan - 1,370 (56,091) Perak - 1,003 (49,513) Melaka - 521 (38,896) Pahang - 794 (32,848) Terengganu - 560 (23,782) WP Labuan - 0 (9,740) WP Putrajaya - 51 (4,834) Perlis - 61 (1,021)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Noor Hisham memberitahu, 260 kes kematian baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus itu adalah 12,228 kes.
Tambahnya, sebanyak 17,655 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh mencecah 1,128,183 orang.
Menurutnya lagi, 1,096 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 540 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan sehingga hari ini kata beliau, adalah 243,942 kes.

Status Terkini #COVID19, 14 Ogos 2021 Kes sembuh= 17,655 Jumlah kes sembuh= 1,128,183 Kes baharu positif= 20,670 (10 import) Jumlah positif= 1,384,353 Kes kematian= 260 Jumlah kes kematian= 12,228 Kes dirawat di ICU= 1,096 Bantuan alat pernafasan= 540 pic.twitter.com/uuqr5IDEcb

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) August 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #jangkitan #ICU #Sembuh #kematian #kluster #komuniti
;