COVID-19: 2,881 kes baharu, Selangor kekal tertinggi

Astro Awani
Mei 1, 2021 15:18 MYT
Kementerian Kesihatan dalam kemas kini di Twitter memaklumkan, Selangor mendahului senarai dengan 758 kes baharu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes positif COVID-19 dalam negara kembali kepada bawah paras 3,000 kes selepas 2,881 lagi individu dijangkiti virus berkenaan.
Pertambahan kes harian itu membawa angka keseluruhan kes positif di Malaysia kini 411,594 dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 29,631.
Pada masa sama, sejumlah 2,462 kes sembuh baharu dilaporkan sekali gus menjadikan ia kini 380,442 kes.
Selangor mendahului senarai dengan 759 kes baharu, diikuti Sarawak dengan 445 kes, Kelantan sejumlah 442 kes, Kuala Lumpur 315 kes dan Johor dengan 410 kes.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan melaporkan 337 individu sedang berada di dalam unit rawatan rapi (ICU) dengan 176 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Kes kematian baharu masih kekal kepada dua angka, iaitu 15 lagi disahkan terkorban dan jumlah kumulatif bertambah kepada 1,521.

Sehingga 1 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,881 kes (411,594 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 759 (133,649) Sabah - 64 (58,200) Johor - 310 (45,687) WP KL - 315 (43,971) Sarawak - 445 (31,104). 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

P Pinang - 133 (19,939) N Sembilan - 89 (18,839) Perak - 64 (14,813) Kelantan - 442 (14,274) Kedah - 111 (10,035) Melaka - 54 (7,428) Pahang - 47 (5,225) Terengganu - 42 (4,235) WP Labuan - 3 (2,456) WP Putrajaya - 3 (1,375) Perlis - 0 (364) 2/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #Twitter #Kementerian Kesihatan #kes positif
;