COVID-19: 2,867 kes baharu, dua kematian
Astro Awani
Jun 30, 2022 07:45 MYT
Jun 30, 2022 07:45 MYT
KUALA LUMPUR: Dua kematian akibat COVID-19 dicatatkan pada Khamis berbanding lima pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,765 kes.
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, kes baharu meningkat ke 2,867 kes dengan empat daripadanya merupakan kes import.
Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 29,434.
28,116 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 26 individu ditempatkan di PKRC.
Seramai 1,249 pesakit dirawat di hospital dengan 43 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).