COVID-19: 2,733 kes baharu, Selangor tertinggi - Dr Noor Hisham

Astro Awani
April 27, 2021 16:44 MYT
Dr Noor Hisham berkata. Selangor mencatat angka tertinggi dengan 750 kes diikuti Kelantan (484) dan Sarawak (432). - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,733 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 398,451 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 750 kes diikuti Kelantan (484) dan Sarawak (432).

Sehingga 27 April 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,733 kes (398,451 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 750 (129,523) Sabah - 82 (57,829) Johor - 220 (44,816) WP KL - 377 (42,602) Sarawak - 432 (28,961) 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

P Pinang - 115 (19,300) N Sembilan - 39 (18,442) Perak - 38 (14,471) Kelantan - 484 (12,444) Kedah - 51 (9,563) Melaka - 33 (7,234) Pahang - 35 (5,017) Terengganu - 61 (4,097) WP Labuan - 0 (2,447) WP Putrajaya - 15 (1,348) Perlis - 1 (357) 2/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelasnya, sebanyak 2,019 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 371,575 kes.
Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 25,414.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 13 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,462.
"Seramai 294 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 138 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Selasa.

COVID-19: 27 April 2021 J kes sembuh:2,019 J kumulatif:371,575 (93.5%) J kes baru:2,733 J kumulatif:398,451 J kes aktif:25,414 Kes local:2,728 (2,481WN, 247BWN) Kes import: 5 (3 WN) J kematian:13 (12 WN) J kumulatif: 1,462(0.37%) J kes di ICU: 294 Pesakit Intubated:138 pic.twitter.com/AJcFGv1z6Z

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu ujarnya, 11 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan empat kluster berkaitan pendidikan, tiga kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

11 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan 4 kluster berkaitan pendidikan, 3 kluster tempat kerja, 3 kluster komuniti dan 1 kluster kumpulan berisiko tinggi. pic.twitter.com/PDOQuQXk4Y

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #kematian #Selangor #Sembuh #Kumulatif #Malaysia #kes baharu #Sarawak #Kelantan #Dr Noor Hisham Abdullah
;