COVID-19: 2,728 kes baharu, 6 kematian

Astro Awani
Ogos 7, 2022 22:30 MYT
1,529 kes dirawat di hospital dengan 52 kini ditempatkan di wad ICU. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Ahad turun ke 2,728 berbanding 4,684 pada hari sebelumnya.
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.687 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, enam kes kematian dicatatkan semalam, juga turun berbanding hari sebelumnya iaitu 11.
Tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID) daripada enam kes dilaporkan itu.
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 45,770.
96.5 peratus atau 44,159 sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,529 kes dirawat di hospital dengan 52 kini ditempatkan di wad ICU.
36 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 3,856 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW