COVID-19: 2,516 kes jangkitan baharu, 11 kematian dicatat

Astro Awani
November 22, 2022 06:30 MYT
1,839 pesakit mendapat rawatan di hospital. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Selasa menunjukkan sedikit peningkatan.
Data di portal KKMNOW mendedahkan, kes jangkitan semalam sebanyak 2,516 kes berbanding 2,121 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.
11 kes kematian direkodkan akibat pandemik berkenaan dan tujuh kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 27,003 kes aktif dicatatkan pada Selasa dan daripada jumlah itu 25,071 kes atau 92.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).
Manakala, 1,839 pesakit mendapat rawatan di hospital.
94 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 93 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 2,643 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #KKMNOW
;