COVID-19: 2,468 kes baharu, 4,055 sembuh dan 14 kematian
Astro Awani
Februari 23, 2021 17:51 MYT
Februari 23, 2021 17:51 MYT
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan sebanyak 2,468 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 288,229 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 30,475 kes.
Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 932 kes, diikuti Johor (428 ), Perak (308), Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing-masing 155, Sarawak (133) dan Negeri Sembilan (100).
Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak 14 kes kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,076 kes.
Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 4,055 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 256,678 kes.
Setakat ini, 196 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 92 orang memerlukan bantuan pernafasan.
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kuala Lumpur
#COVID-19
#Malaysia
#ICU
#unit rawatan rapi
#kes baharu COVID19