COVID-19: 2,417 kes baharu, lima kematian direkod

Astro Awani
Julai 11, 2022 23:00 MYT
Lima kes kematian dicatat, menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,816. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 turun ke 2,413 kes pada Isnin, berbanding 3,264 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, empat daripadanya merupakan kes import.
Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 35,758 menurun sebanyak 124 kes.
Menurut portal COVIDNOW, lima kes kematian dicatat, menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,816.
Dua kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 34,526 individu atau 96.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.
Manakala 20 individu ditempatkan di PKRC.
Seramai 1,164 pesakit dirawat di hospital dengan 48 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW