COVID-19: 2,295 kes baharu, tiga kematian dicatat

Astro Awani
Oktober 20, 2022 08:00 MYT
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 24,331 kes dengan 95.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Rabu meningkat kepada 2,295 kes, berbanding 1,873 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.
Menurut data di portal KKMNOW, tiga kes kematian dicatat semalam.
Satu kes kematian dilaporkan berlaku di luar fasiliti kesihatan, 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 24,331 kes dengan 95.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).
Manakala, 1,072 pesakit mendapat rawatan di hospital.
33 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi manakala 11 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,386 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #KKMNOW
;