COVID-19: 2,256 kes baharu, empat kematian

Astro Awani
Oktober 22, 2022 10:20 MYT
Sejumlah 47 daripada mereka ditempatkan di ICU, dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. -Gambar fail
JANGKITAN baharu COVID-19 dalam negara pada Jumaat turun ke 2,256 berbanding 2,561 kes berbanding 2,295 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.
Menurut data di portal KKMNOW, empat kes kematian dicatat semalam. Satu kes kematian dilaporkan berlaku di luar fasiliti kesihatan, 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 26,526 kes dengan 95.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,054 pesakit mendapat rawatan di hospital.
Sejumlah 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,363 kes sembuh.
#COVID-19 #brought-in-dead #PKRC #bid
;