COVID-19: 2,253 kes positif baharu, 11 kematian

Umavathi Ramayah
Februari 26, 2021 18:58 MYT
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 201 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 93 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sebanyak 2,253 kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan itu di negara ini 295,951 kes dengan 27,994 kes aktif.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 2,246 kes membabitkan penularan tempatan manakala tujuh kes import.
Beliau berkata, kes jangkitan tertinggi direkodkan di Selangor sebanyak 633 kes, diikuti Perak (545), Johor (276), Kuala Lumpur (122) dan Pulau Pinang (93).
Katanya, sebanyak 201 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 93 kes memerlukan alat bantuan pernafasan manakala sebanyak 11 kes kematian atau 0.38 peratus berkaitan COVID-19 direkodkan hari ini.
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham berkata, 3,085 kes pulih daripada jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 266,846 kes atau 90.16 peratus daripada keseluruhan kes.
#COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #Kumulatif #kematian #kes sembuh harian #angka tertinggi
;