COVID-19: 2,226 kes baharu, lapan kematian dicatat
Astro Awani
September 9, 2022 08:15 MYT
September 9, 2022 08:15 MYT
KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Khamis menunjukkan sedikit penurunan kepada 2,226 kes berbanding 2,428 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.799 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak lapan kes kematian dicatat semalam dan satu kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 27,400 dan 95.1 peratus atau 26,045 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,277 kes dirawat di hospital dengan 64 kini ditempatkan di wad ICU di mana 38 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,894 kes sembuh.