COVID-19: 2,111 kes baharu, tujuh kematian direkod pada Rabu

Astro Awani
September 21, 2022 06:30 MYT
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak tujuh kes kematian dicatat semalam. -Gambar fail/Astro AWANI
JANGKITAN baharu COVID-19 dalam negara mencatat sedikit peningkatan kepada 2,111 kes pada Rabu berbanding 1,667 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak tujuh kes kematian dicatat semalam.
Satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,327 dengan 24,169 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,101 kes dirawat di hospital dengan 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,493 kes sembuh.
#COVID-19 #bid #COVIDNOW #KKM
;