COVID-19: 2,107 kes baharu dikesan di Malaysia

Astro Awani
Mei 1, 2022 10:10 MYT
1,259 individu perlu dimasukkan ke hospital, dengan 69 dimasukkan ke wad di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 2,107 jangkitan baharu COVID-19 pada Sabtu.
Kementerian Kesihatan berkata melalui data yang dikeluarkan di portal COVIDNOW, ini menjadikan jumlah baharu kepada 4,448,004 kes sejak wabak itu bermula.
Daripada 2,107 kes itu, 16 kes import manakala 2,091 kes tempatan.
Terdapat 6,890 kes pulih pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 4,366,951.
KKM turut melaporkan sebanyak 45,506 kes aktif di seluruh negara pada ketika ini.
Daripada kes aktif, 97.2 peratus atau 44,214 individu sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 33 orang, atau 0.1 peratus daripada jangkitan aktif dirawat di pusat kuarantin dan rawatan (PKRC) berisiko rendah.
Hanya 2.76 peratus kes aktif atau 1,259 individu perlu dimasukkan ke hospital, dengan 69 dimasukkan ke wad di unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 45 memerlukan sokongan ventilator.
#COVID-19 #jangkitan #Kementerian Kesihatan #unit rawatan rapi