COVID-19: 2,070 kes positif, empat kematian pada Jumaat

Astro Awani
September 23, 2022 07:00 MYT
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,717 dan 95.4 peratus atau 24,528 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. -Gambar fail/Astro AWANI
JANGKITAN baharu COVID-19 dalam negara pada Jumaat turun kepada 2,070 kes, berbanding 2,245 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, sebanyak empat kes kematian dicatat semalam.
Satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,717 dan 95.4 peratus atau 24,528 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,134 kes dirawat di hospital dengan 33 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 2009 kes sembuh.
#COVID-19 #bid #kes positif #COVIDNOW
;