COVID-19: 2,054 kes baharu, tiada kematian

Astro Awani
Oktober 24, 2022 08:45 MYT
Kes aktif COVID-19 dalam negara turut meningkat dan kini berjumlah 27,378 kes, berbanding 27,299 kes dilaporkan hari sebelumnya. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Ahad turun kepada 2,054 kes, berbanding dua 2,618 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.
Menurut data di portal KKMNOW, tiada kes kematian dicatat semalam.
Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara turut meningkat dan kini berjumlah 27,378 kes, berbanding 27,299 kes dilaporkan hari sebelumnya.
26,275 individu atau 96 peratus daripada kes aktif sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,060 pesakit mendapat rawatan di hospital.
27 individu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 16 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,975 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #KKMNOW
;