COVID-19: 2,023 kes baharu, tiada kematian dicatat

Astro Awani
Oktober 16, 2022 09:00 MYT
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 23,881 dengan 95.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Sabtu turun ke 2,023 berbanding 2,231 kes dilaporkan pada hari sebelumnya.
Menurut data di portal KKMNOW, tiada kes kematian dicatat semalam.
Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 23,881 dengan 95.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin, (PKRC).
Manakala, 975 pesakit mendapat rawatan di hospital.
34 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi, manakala 20 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,699 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #KKMNOW
;