COVID-19: 2,022 kes baharu, empat kematian dicatat
Astro Awani
November 27, 2022 07:00 MYT
November 27, 2022 07:00 MYT
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad terus catat penurunan.
Data di portal KKMNOW mendedahkan kes jangkitan semalam adalah 2,022 kes berbanding 2,898 kes dicatatkan hari sebelumnya.
Empat kes kematian direkodkan akibat jangkitan berkenaan, namun tiada kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 27,207 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 25,117 kes atau 92.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 1,989 pesakit mendapat rawatan di hospital.
101 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 53 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan satu 1,819 kes sembuh.