COVID-19: 19 kluster baharu dikesan, sebahagian besar masih babit tempat kerja
Umavathi Ramayah
Jun 15, 2021 20:46 MYT
Jun 15, 2021 20:46 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 kluster baharu dikesan dengan 14 daripadanya melibatkan kategori tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan kluster itu menjadikan keseluruhan 778 kluster aktif di Malaysia, pada ketika ini.
Berikut adalah perincian mengenai kluster-kluster baharu itu:
1. Kluster Industri Balakong Baru 11
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak berhampiran Jalan KPB 11, Seri Kembangan, Hulu Langat.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Sepang, Selangor.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Pulau Meranti, Taman Perindustrian Meranti Utama, Puchong. Selangor.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Sepang.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Meranti Jaya 13, Taman Perindustrian Meranti Jaya, Puchong.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Klang, Selangor.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Berangan, Pelabuhan Klang.
- Kategori temoat kerja.
- Melibatkan daerah Hulu Langat dan Petaling, Selangor.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan P/2A, Kawasan Perusahaan PKT 1, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Petaling dan Klang.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Serendah 26/17, Seksyen 26, Shah Alam, Petaling.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Kuching.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Pending, Kuching. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Daya, Kuching.
- Kategori komuniti.
- Melibatkan daerah Kuching.
- Kluster ini melibatkan individu-individu yang mengadakan aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Kolong 2, Jalan Matang, Kuching semasa sambutan perayaan. Kes indeks bagi kluster ini merupakan wanita tempatan berumur 78 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat.
- Kategori komuniti.
- Melibatkan daerah Meradong, Sarawak.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 637,464, perempuan, warganegara Malaysia berumur 32 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mengalami gejala bermula pada 7 Jun 2021. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Nanga Strass, Bintangor, Meradong.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Subis , Bintulu, Miri, Sarawak.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang di Subis. Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan Malaysia berumur 56 tahun yang dilaporkan positif pada 7 Jun 2021 COVID-19 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 31 Mei 2021.
- Kategori komuniti.
- Melibatkan daerah Julau, Sarawak.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan Malaysia berumur 46 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Jun 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Nanga Sejugam, Julau.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Titiwangsa.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Wangsa Kuarza, Wangsa Maju, Titiwangsa.
- Kategori kumpulan berisiko.
- Melibatkan daerah Titiwangsa dan Hulu Langat.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan penghuni-penghuni sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Mesra, Kampung Datuk Keramat, Titiwangsa. Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan Malaysia berumur 89 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 5 Jun 2021.
- Kategori komuniti.
- Melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar dalam komuniti di Persiaran Rejang, Taman Setapak Jaya, Titiwangsa.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
- Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Tingkat Perusahaan 4B, Kawasan Perusahaan Perai, Seberang Perai Tengah. Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. 646449, lelaki, warganegara Malaysia berumur 24 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Melaka Tengah, Melaka.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Teknologi Cheng, Melaka. Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan Malaysia berumur 34 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 5 Jun 2021.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Kuala Muda dan Sik, Kedah.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Bakar Arang, Sungai Petani, Kuala Muda. Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan Malaysia berumur 19 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mengalami gejala bermula pada 6 Jun 2021.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Keluli 5, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru. Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki tempatan berumur 44 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mengalami gejala bermula pada 4 Jun 2021.
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Segamat, Johor.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Buloh Kasap, Segamat.
#Kluster tempat kerja
#Kluster baharu
#Kementerian Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
#Muhyiddin Yassin
#program vaksinasi