COVID-19: 19,550 kes baharu hari ini, Sarawak terus sumbang angka tertinggi

Astro Awani
September 11, 2021 16:01 MYT
Beberapa negeri mencatatkan pertambahan melebihi 1,000 kes termasuk Pulau Pinang (1,865), Kedah (1,390), Perak (1,354) dan Kelantan dengan 1,320 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini melaporkan pertambahan 19,550 kes positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas menjadikan jumlah kes kumulatif kepada 1,960,550 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak merekodkan 3,743 kes sekali gus menyumbang angka tertinggi di seluruh negara hari ini.
‘’Tiga negeri merekodkan angka kes positif melebihi 2,000 termasuk Selangor (2,416), Johor (2,282) dan Sabah (2,163).
‘’Manakala beberapa negeri mencatatkan pertambahan melebihi 1,000 kes termasuk Pulau Pinang (1,865), Kedah (1,390), Perak (1,354) dan Kelantan dengan 1,320 kes,’’ katanya.

Sehingga 11 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,550 kes (1,960,500 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,416 (639,286) WPKL - 555 (179,692) Sabah - 2,163 (172,146) Johor - 2,282 (162,111) Sarawak - 3,743 (151,507) Kedah - 1,390 (116,671)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pulau Pinang - 1,865 (106,953) Negeri Sembilan - 198 (94,184) Kelantan - 1,320 (92,299) Perak - 1,354 (81,537) Melaka - 490 (52,903) Pahang - 722 (51,043) Terengganu - 953 (41,871) WP Labuan - 2 (9,873) WP Putrajaya - 24 (5,700) Perlis - 73 (2,724)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Terengganu melaporkan pertambahan 953 kes diikuti Pahang (722), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (555), Melaka (490) dan Negeri Sembilan (198).
Manakala Perlis dengan 73 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan masing-masing dengan 24 dan dua kes.
#COVID-19 #Kes baharu COVID-19 #laporan kes COVID-19 terbaharu #Sarawak angka tertinggi
;