KUALA LUMPUR:Sarawak melaporkan pertambahan 184 kes positif COVID-19 dengan Sibu kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 57 kes.
Ia diikuti Subis (31), Kapit (24), Julau (18), Sri Aman (10), Song (sembilan), Kuching dan Bintulu (enam), Miri (lima), Pakan dan Bukit Mabong (empat), Beluru (tiga), Kanowit (dua) serta Lundu, Saratok, Matu, Dalat dan Limbang (satu).
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, satu kes kematian juga dilaporkan di Hospital Sibu menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 56.
“Kes kematian ke-56 melibatkan kes 4,730 berusia 70 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesukaran bernafas dan disahkan positif COVID-19 pada 2 Februari dan
“Kes disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2021 dan dilaporkan mempunyai ko-morbid penyakit kanser darah,” kata kenyataan itu.
Selain itu, JPBN Sarawak juga melaporkan pertambahan satu kluster baharu iaitu Kluster Nanga Lijan di Julau, Sarikei.
Kluster komuniti ini melibatkan sebuah rumah panjang iaitu Rumah Banyang, Nanga Lijan dan kontak rapat tempat kerja di sebuah pasar raya di Sibu.
“Kes indeks kluster ini adalah kes 5,008 yang merupakan seorang lelaki tempatan yang dikesan positif pada 1 Februari 2021 di Klinik Kesihatan Julau selepas mengalami simptom bermula 27 Januari 2021.
“Hasil pengesanan kontak secara aktif di rumah panjang itu, tambahan 22 kes positif dikesan selepas saringan ke atas 116 individu dijalankan.
“Setakat jam 12 tengahari 11 Februari 2021, 53 individu disahkan negatif manakala 40 yang lain masih menunggu keputusan ujian makmal,” tambahnya.
Justeru, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di rumah panjang itu selama 14 hari bermula 8 Februari 2021 sehingga 21 Februari 2021.
Penambahan kluster ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sarawak meningkat kepada 16 dengan Kluster Pasai di Sibu merekodkan angka kes positif tertinggi dengan 2,419.
Syafik Shukri Jalil
Thu Feb 11 2021
Penambahan kluster ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sarawak meningkat kepada 16 dengan Kluster Pasai di Sibu merekodkan angka kes positif tertinggi dengan 2,419. FOTO: Astro AWANI
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari
Kelonggaran kemasukan ke Sarawak dilihat memudahkan urusan anak-anak Sarawak untuk pulang mengundi jika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik
JPBN Sarawak bersetuju membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi berkuatkuasa mulai 10 Oktober jam 12.01 pagi.
COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak kekal merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 1,503 kes dicatatkan pada Rabu.
COVID-19: 2,121 kes positif di Sarawak, 99.39 kes kategori 1 dan 2
Sarawak kekal merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi dalam negara dengan 2,121 kes dilaporkan hari ini.
1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak
Peralatan perubatan yang diterima itu merupakan persediaan Sarawak untuk peningkatan kapasiti hospital dan mendepani penularan varian Delta.
COVID-19: 2,943 kes positif di Sarawak, sembilan kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak sekali lagi melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 2,943 kes pada Ahad.
Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy
Projek pembinaan semula Hospital Petra Jaya yang terbengkalai selama tiga tahun kini disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.
KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman sekali gus menampung keperluan fasiliti perubatan yang dihadapi Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.
COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2
Sarawak sekali lagi merekodkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dengan 2,712 kes dilaporkan pada Sabtu.
Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah
Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino di Sarawak sudah bersedia untuk digunakan di kawasan luar bandar.