COVID-19: 160 kes baharu, tiada kematian dicatat

Sinar Harian
Februari 13, 2023 09:00 MYT
Kes aktif COVID-19 pula mencatatkan 9,401 kes dengan 9,068 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Sebanyak 160 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, tiada kes kematian baharu akibat COVID-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kematian dalam negara kekal 36,951 kes.
Sementara itu, kes aktif COVID-19 pula mencatatkan 9,401 kes dengan 9,068 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Seramai 324 pesakit COVID-19 pula ditempatkan di hospital.
Sejumlah 9 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 4 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh yang direkodkan pula sebanyak 358 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,993,134 kes.
#jumlah kematian #COVID-19 #ICU #Kementerian Kesihatan
;