COVID-19: 16 lagi kluster baharu dikenal pasti
Astro Awani
September 4, 2021 19:38 MYT
September 4, 2021 19:38 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 16 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Kategori tempat kerja masih merekodkan kluster tertinggi dengan 12 kluster.
Negeri penyumbang kluster tertinggi itu antaranya adalah Selangor, Johor, dan Perak.
Manakala, baki tiga kluster adalah komuniti dan satu kluster pendidikan.
Setakat ini, 3,399 kluster telah ditamatkan, dan sebanyak 1,455 kluster masih aktif.
Perincian 16 kluster baharu COVID-19 adalah seperti di bawah: