COVID-19: 16 kluster baharu, 1,364 kluster masih aktif

Astro Awani
September 18, 2021 12:12 MYT
Johor merekodkan jumlah kluster tertinggi iaitu empat kluster masing-masing tiga kluster tempat kerja dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. - Gambar hiasan / BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 16 kluster baharu COVID-19 hari ini dengan majoritinya melibatkan kluster tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, 1,364 kluster masih lagi aktif dengan 3,899 kluster telah tamat.
Johor merekodkan jumlah kluster tertinggi iaitu empat kluster masing-masing tiga kluster tempat kerja dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.
Selangor, Perak, Sarawak dan Kelantan masing-masing merekodkan dua kluster.
Manakala negeri Sabah, Pahang, Labuan dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan satu kluster.
Perincian kluster adalah seperti di bawah:
#Kluster tempat kerja #Dr Noor Hisham Abdullah #Kluster baharu #COVID-19