COVID-19: 16,117 kes baharu, 207 kematian

Raja Hisyam Raja Zaid
Julai 27, 2021 18:27 MYT
Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 16,117 kes dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat berbanding 14,516 kes semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 16,117 kes dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat berbanding 14,516 kes semalam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapannya di laman Twitter memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini 1,044,071.
Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 6,616 kes diikuti WP Kuala Lumpur (2,457), Kedah (1,000), Johor (907) dan Sabah (741).

#COVID19 Pecahan kes baharu mengikut negeri, 27 Julai. Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor melaporkan kes tertinggi. pic.twitter.com/QW9lNOl5Ps

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu jumlah kematian yang direkodkan adalah sebanyak 207 kes bersamaan dengan jumlah tertinggi yang dicatatkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini mencecah 8,408.
Dalam pada itu sebanyak 11,526 kes sembuh dilaporkan oleh pihak KKM pada Selasa menjadikan jumlah kumulatifnya kini ialah 865,439 kes.
Menurut kenyataan KKM lagi sejumlah 1,023 kes melibatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) dicatatkan dengan 524 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Noor Hisham Abdullah #kes positif #jangkitan