COVID-19: 15 kluster baharu, lebih 87 peratus kategori tempat kerja terutama kilang
Umavathi Ramayah
Jun 9, 2021 20:15 MYT
Jun 9, 2021 20:15 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kluster baharu COVID-19 dikesan dengan hampir 87 peratus daripadanya melibatkan kategori tempat kerja terutama kilang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Selangor, Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Pulau Pinang dan Putrajaya.
Berikut adalah perincian mengenai kluster-kluster itu:
1. Camar Lapan, Kuala Langat
- Kategori tempat kerja.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat binaan yang terletak di kawasan perindustrian Olak Lempit, Banting, Kuala Langat.
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja di Jalan Camar 8, Taman Cenderawasih, Banting.
2. Perusahaan Dua, Batu Caves, Gombak
- Kategori tempat kerja.
- Dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perusahaan 2, Kawasan Industri Batu Caves, Gombak.
3. Alam Jaya Dua
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Kuala Selangor dan Gombak.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan TIAJ 2/1, Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.
4. Sungai Rasau 27
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan Klang, Petaling dan Kuala Langat
- Kluster ini dikena pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Rasau 27, Kawasan Perindustrian Sungai Rasau, Klang.
5. Industri Balakong Tujuh
- Kategori tempat kerja
- Melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling dan Gombak.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan KPB 7, Kawasan Perindustrian Balakong, Seri Kembangan, Hulu Langat.
6. Jalan Keluli Sembilan
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Johor Bahru.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Keluli 9, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor Bahru.
7. Dah Mengkudu
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Yan.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar. Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Malaysia berumur 22 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Mei 2021 hasil saringan komuniti.
8. Industri Medan Tasek
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Kinta, Perak.
- Kluster ini melibatkan pekerja- pekerja sebuah sebuah kilang yang terletak di Medan Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh, Kinta.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Malaysia berusia 55 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 25 Mei 2021.
9. Jalan Wisma
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat penginapan yang terletak berhampiran Jalan Wisma Budaya, Kota Kinabalu.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Malaysia berumur 24 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mula bergejala pada 3 Jun 2021.
10. Lot Sembilan
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Kuala Penyu dan Beaufort, Sabah
- Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Lot 9 Pekan Baru, Kuala Penyu. Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Malaysia berumur 36 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mei 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mengalami gejala bermula pada 24 Mei 2021.
11. Gong Mengkeleh
- Kategori komuniti.
- Melibatkan daerah Pasir Puteh, Kelantan.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 16 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes mengalami gejala bermula pada 1 Jun 2021.
- Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Gong Mengkeleh, Jeram, Pasir Puteh.
12. Putra Sembilan
- Kategori Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.
- Melibatkan daerah Putrajaya dan Sepang.
- Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Presint 9, Putrajaya.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan kanak-kanak perempuan berumur satu tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Jun 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Kes mula bergejala pada 28 Mei 2021.
13. Kampung Huda
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat.
- Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Kampung Huda, Bandar Kubang Kerian, Kota Bharu.
- Kes indeks bagi kluster ini merupakan lelaki Malaysia berumur 23 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Mei 2021 hasil saringan kontak rapat.
14. Industri Teluk Kalong
- Kategori tempat kerja.
- Melibatkan daerah Kemaman, Terengganu.
- Kluster ini dikenal pasti hasil saringan bersasar di tempat kerja melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.
15. Lorong Perusahaan 8A
- Kategori tempat kerja
- Melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
- Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perusahaan 8A, Kawasan Perindustrian Prai, Seberang Perai Tengah.
- Kes-kes indeks bagi kluster ini dikesan hasil saringan individu bergejala.
- Kes-kes tersebut mula bergejala pada 31 Mei 2021.
#Kluster baharu
#Kementerian Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#program vaksinasi
#kategori tempat kerja
#komuniti
#pengajian tinggi