COVID-19: 14 lagi penghuni Baitus Solehah dimasukkan ke Hospital Permai
Astro Awani
Februari 3, 2021 16:01 MYT
Februari 3, 2021 16:01 MYT
KUALA LUMPUR: Sejumlah 14 lagi penghuni di Pusat Perlindungan Baitus Solehah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh pengurusnya yang dikenali sebagai 'Mak Liza' menerusi muat naik status di akaun Facebook pusat tersebut.
"Pagi ini kami seramai 14 orang lagi di bawa ke Hospital Permai. Moga Allah jaga kita," katanya yang turut memuat naik video berdurasi 21 saat.
Video tersebut menunjukkan beliau bersama suami dan beberapa penghuni termasuk kanak-kanak berada di dalam van Pejabat Kesihatan Negeri Johor.
Pada Selasa, Mak Liza mengesahkan seramai 67 penghuni termasuk enam bayi berusia 10 hari hingga 12 bulan didapati positif COVID-19.
Katanya, saringan awal keputusan ujian calitan pada Sabtu lalu mendapati 38 penghuni positif COVID-19.
#Baitus Solehah
#Johor Bahru
#Kanak-kanak
#rumah perlindungan
#COVID-19
#Pejabat Kesihatan Johor
#jangkitan di rumah perlindungan
#mak liza
#Pusat Perlindungan Baitus Solehah