COVID-19: 14 kluster baharu, 1,068 kluster masih aktif

Astro Awani
Oktober 1, 2021 19:36 MYT
Johor mencatatkan kluster tertinggi iaitu empat kluster, Selangor tiga kluster, manakala Perak, Kelantan dan Sarawak masing-masing dua kluster dan Kedah hanya satu kluster. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 14 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan majoritinya adalah kluster tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tujuh kluster merupakan tempat kerja, enam kluster komuniti dan satu kluster keagamaan.
Johor mencatatkan kluster tertinggi iaitu empat kluster, Selangor tiga kluster, manakala Perak, Kelantan dan Sarawak masing-masing dua kluster dan Kedah hanya satu kluster.
Menurut Dr Noor Hisham, kluster COVID-19 yang masih aktif ketika ini adalah 1,068 dengan 4,423 kluster telah tamat.
Berikut perincian semua kluster baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini:
BACA: COVID-19: 11,889 jangkitan baharu, 15,891 kes sembuh
#Dr Noor Hisham Abdullah #Kluster baharu COVID-19 #kluster COVID-19 #statistik data COVID-19
;