COVID-19: 14,990 kes positif baharu, Selangor kembali catat kes tertinggi

Eton Khir
September 22, 2021 08:13 MYT
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor menyumbang angka kes positif tertinggi dengan 2,414 kes. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 14,990 kes positif COVID-19 seluruh negara dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif kepada 2,142,924 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor menyumbang angka kes positif tertinggi dengan 2,414 kes.
Ia diikuti Johor dengan 1,880 kes, Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).
''Beberapa negeri melaporkan kes positif tiga angka termasuk Terengganu dengan 852 kes diikuti Pahang (688), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (338), Melaka (313) dan Negeri Sembilan (170).
''Manakala dua negeri melaporkan kes dua angka melibatkan Perlis dengan 97 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 30 kes,'' katanya.
Sementara Wilayah Persekutuan Labuan hanya melaporkan tiga kes positif.

Sehingga 22 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 14,990 kes (2,142,924 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,414 (664,022) Sabah - 1,199 (189,322) Sarawak - 1,712 (188,843) Johor - 1,880 (184,218) WPKL - 338 (183,868) Kedah - 1,007 (128,551)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pulau Pinang - 1,224 (122,597) Kelantan - 1,573 (106,330) Negeri Sembilan - 170 (96,053) Perak - 1,490 (94,844) Pahang - 688 (59,091) Melaka - 313 (55,733) Terengganu - 852 (50,188) WP Labuan - 3 (9,937) WP Putrajaya - 30 (5,956) Perlis - 97 (3,371)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kadar kematian setakat semalam mencatatkan sebanyak 334 kes menjadikan angka kumulatifnya sebanyak 24,078 kes.
Manakala, kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 1,115 dengan 618 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Selain itu, kes sembuh pula merekodkan seramai 19,702 pesakit telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih ialah 1,917,088.
#COVID-19 #angka kes positif #kes COVID-19 di Selangor #pecahan kes setiap negeri