COVID-19: 13 kluster baharu dikesan, kebanyakan kes jangkitan di tempat kerja
Hilmi Malik
Mei 9, 2021 18:34 MYT
Mei 9, 2021 18:34 MYT
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 13 kluster baharu seperti yang dilaporkan pada hari ini.
Lima daripadanya melibatkan kluster di tempat kerja dengan lebih 200 orang dijangkiti, manakala lima kluster lagi adalah yang membabitkan kluster komuniti, dua kluster keagamaan dan satu kluster pendidikan.
Berikut merupakan perincian bagi 13 kluster baharu tersebut:
Kluster Jalan Satu
- Kes melibatkan daerah Gombak, Selangor
- Kluster tempat kerja
- Seramai 87 disaring, 16 positif
Kluster Lorong Tiung
- Kes melibatkan daerah Kuala Langat dan Klang, Selangor
- Kluster tempat kerja
- Seramai 150 disaring, 25 positif
Kluster Kawasan Industri Dua
- Kes melibatkan daerah Muar, Johor
- Kluster tempat kerja
- Seramai 124 disaring, 100 positif
Kluster Tapak Bina Jalan Tun Hussein Onn
- Kes melibatkan daerah Seberang Perai, Pulau Pinang
- Kluster tempat kerja
- Seramai 276 disaring, 51 positif
Kluster Kopitiam Kampung Selamat
- Kes melibatkan daerah Seberang Perai, Pulau Pinang
- Kluster tempat kerja
- Seramai 65 disaring, 19 positif
Kluster Jalan Stadium Negeri
- Kes melibatkan daerah Kuching, Samarahan, dan Serian Sarawak
- Kluster komuniti
- Seramai 55 disaring, 17 positif
Kluster Tebedu Mawang
- Kes melibatkan daerah Tebedu, Sarawak.
- Kluster komuniti
- Seramai 107 disaring, 21 positif
Kluster Sri Tualang
- Kes melibatkan daerah Pasir Mas, Kelantan
- Kluster Komuniti
- Seramai 90 disaring, 27 positif
Kluster Jalan L Sungai Behrang
- Kes melibatkan daerah Muallim, Perak
- Kluster komuniti
- Seramai 28 disaring, 17 positif
Kluster Lak Lok
- Kes melibatkan daerah Kota Bahru dan Besut, Kelantan
- Kluster komuniti
- Seramai 115 disaring, 26 positif
Kluster Jalan Haji Mahmud
- Kes melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi, Johor
- Kluster keagamaan
- Seramai 141 disaring, 14 positif
Kluster Tanah Merah
- Kes melibatkan daerah Port Dickson dan Seremban, Negeri Sembilan
- Kluster keagamaan
- Seramai 151 disaring, 41 positif
Kluster Desa Murni
- Kes melibatkan daerah Seberang Perai utara dan Tengah, Pulau Pinang
- Kluster Institusi Pendidikan
- Seramai 98 disaring, 29 positif