COVID-19: 13,034 kes baharu, hampir 2 peratus kategori 3, 4 dan 5

Astro Awani
Julai 22, 2021 10:27 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes kategori 1 ialah 7,179 daripada keseluruhan 13,034 kes baharu yang dilaporkan hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lebih 55 peratus kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini merupakan kategori 1 atau tiada gejala.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes kategori 1 ialah 7,179 daripada keseluruhan 13,034 kes baharu yang dilaporkan hari ini.
Bagi kategori 2 yang bergejala ringan, sejumlah 43.3 peratus bersamaan 5,646 kes dilaporkan.
Kategori 3 iaitu kes yang mengalami radang paru-paru pula, sejumlah 124 kes baharu dilaporkan hari ini bersamaan satu peratus, sementara kes kategori 4 yang mengalami radang paru-paru dan perlukan bantuan oksigen adalah 0.5 peratus iaitu 72 kes.
Kes kategori 5 iaitu kes yang kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan adalah 13 kes bersamaan 0.1 peratus.
BACA: COVID-19: Jangkitan harian kembali melonjak kepada 13,034 kes
#COVID-19 #kategori kes COVID-19 #Kes baharu COVID-19 #jumlah kes COVID-19 #jenis kes COVID-19 #pecahan kategori kes baharu #Dr Noor Hisham Abdullah