COVID-19: 12 kluster baharu dikesan, 10 daripadanya kluster tempat kerja

Umavathi Ramayah
Mac 19, 2021 11:23 MYT
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 daripada 12 kluster yang dikesan adalah melibatkan tempat kerja. - Gambar hiasan/ BERNAMA
KUALA LUMPUR : Sebanyak 12 kluster baharu dikesan dengan 10 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja.
Empat daripada kluster itu direkodkan di Johor sementara masing-masing tiga kluster di Kuala Lumpur dan Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua lagi kluster membabitkan pusat tahan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Menurut beliau, dengan pertambahan 12 kluster baharu itu menjadikan keseluruhan 427 kluster aktif setakat hari ini.
"Kluster-kluster yang menyaksikan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah daripada Kluster Depot Imigresen Semuja (146 kes), Kluster Jalan Pelabuhan (94 kes) dan Kluster DTI Juru (89 kes)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 13 kluster ditamatkan hari ini selepas tiada kes dikesan dalam tempoh 28 hari berturut-turut.
Antara kluster yang ditamatkan ialah Kluster Jalan Indah Utama, Kluster Perindustrian Fasa Dua, Kluster Kampung Teluk, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Subang Delima, Kluster Batu 20 dan Kluster Santong Paka.
Enam lagi kluster katanya, adalah Kluster Batu Tiga Setengah, Kluster Industri Puchong, Kluster Jalan Galah, Kluster Tapak Bina Lebuh, Kluster Jalan Kota Murni, dan Kluster Tapak Bina Jalan Tandok.
Berikut adalah perincian mengenai 12 kluster baharu yang dikesan:
1. KLUSTER SUNGAI BERUMBUNG
  • Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-292,776) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
  • Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Sungai Berumbung, Simpang Renggam, Kluang.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • 2. KLUSTER LORONG USAHA UTAMA
  • Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-325,402) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat.
  • Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Usaha Utama, Taman Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nenas, Kulai.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana tujuh kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • 3. KLUSTER JALAN DAHLIA 22
  • Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-326722) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
  • Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Dahlia 22, Taman Cempaka, Johor Bahru.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 421 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • 4. KLUSTER JALAN INDUSTRI SOFA
  • Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang perabut yang terletak di Tangkak.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 209 individu telah disaring, di mana 55 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • 5. KLUSTER JALAN BESAR KEPONG
  • Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327,883) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
  • Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Besar Kepong.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • 6. KLUSTER JALAN DAUN
  • Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-321,799) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
  • Nama kluster merujuk kepada lokaliti alamat kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Daun Inai 7, Kepong.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • BACA: COVID-19: 1,576 kes baharu, sifar kes di Perlis
    7. KLUSTER LORONG NIBONG
  • Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-329,042) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
  • Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Lorong Nibong, Taman U-Thant, Titiwangsa.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • 8. KLUSTER PERSIARAN HEMISFERA
  • Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Hemisfera, Shah Alam.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 119 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • 9. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN CYBERSOUTH
  • Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Cybersouth, Sepang.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • 10. KLUSTER BANDAR BARU
  • Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan
  • bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Bandar Baru Sungai Buloh, Petaling.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 686 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • 11. KLUSTER DTI JURU
  • Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Mac 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di Depot Tahanan Imigresen Juru, Simpang Ampat, Seberang Perai Tengah.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 393 individu telah disaring, di mana 167 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • 12. KLUSTER DTI JALAN DUTA
  • Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan di Depot Tahanan Imigresen Jalan Duta, Kepong.
  • Sehingga 19 Mac 2021, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • #Kluster baharu #COVID-19 #pusat tahanan imigresen #penjara #saringan #positif #kluster tamat #kluster aktif #Kementerian Kesihatan #Noor Hisham Abdullah