COVID-19: 12,735 kes baharu hari ini, hanya 1.7 peratus kategori 3, 4, 5

Astro Awani
September 30, 2021 15:03 MYT
Sarawak menjadi penyumbang tertinggi dengan 2,487 kes diikuti Selangor dengan 1,940 dan Johor dengan 1,241 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Negara hari ini mencatatkan 12,735 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,245,695 kes.
Sarawak menjadi penyumbang tertinggi dengan 2,487 kes diikuti Selangor dengan 1,940 dan Johor dengan 1,241 kes.
Turut mencatatkan kes melebihi 1,000 ialah Kelantan (1,232) dan Kedah (1,033).
Unit rawatan rapi (ICU) setakat ini menempatkan seramai 924 pesakit dan daripada jumlah itu, 512 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh hari ini adalah sebanyak 17,725 kes.
Sebahagian besar daripada jumlah kes baharu bagaimanapun hanya melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.3 peratus.
Manakala selebihnya, 1.7 peratus atau bersamaan 220 kes adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.
Kadar kematian setakat semalam mencatatkan sebanyak 240 kes menjadikan angka kumulatifnya sebanyak 25,935 kes.

Sehingga 30 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 12,735 kes (2,245,695 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,940 (677,662) Sarawak - 2,487 (209,624) Sabah - 993 (197,973) Johor - 1,241 (195,845) WPKL - 258 (186,060) Kedah - 1,033 (134,835)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif #Sarawak #Selangor #Johor
;