COVID-19: 11 kematian baharu direkod, empat BID

Astro Awani
Februari 4, 2022 07:05 MYT
Setakat Jumaat, terdapat sebanyak 3,426 kes COVID-19 yang dirawat di hospital dan 118 pesakit ditempatkan di ICU seluruh negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 11 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,011 orang, daripada 2.89 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada 11 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 63,395 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 55,759 individu atau 88 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 4,092 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,426 kes dirawat di hospital dan 118 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 61 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 57 lagi memerlukan mesin ventilator.
#bid #COVID-19 #KKM #Kematian baharu
;