COVID-19: 10 kluster baharu, enam daripadanya libat tempat kerja

Faris Danial Razi
Februari 4, 2021 11:07 MYT
Sebanyak 10 kluster baharu telah dikenal pasti pada Khamis, yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan empat kluster komuniti. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah kluster dalam negara kini meningkat kepada 861, selepas 10 kluster baharu dikenal pasti pada Khamis, yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan empat kluster komuniti.
Berikut adalah pecahan berkaitan kluster yang disahkan hari ini:
KLUSTER JALAN INDUSTRI RAWANG
- Melibatkan daerah Gombak di (Selangor)
- Kes dikesan positif pada 3 Februari
- Seramai 156 individu disaring, 23 positif
KLUSTER JALAN GOMBAK
- Melibatkan daerah Gombak, Sepang, Petaling, dan Hulu Langat (Selangor) dan daerah Cheras (KL)
- Kes dikesan positif pada 18 Januari
- Seramai 1,110 individu disaring, 41 positif
KLUSTER JALAN JASMINE
- Melibatkan daerah Hulu Selangor (Selangor)
- Kes dikesan positif pada 2 Januari
- Seramai 1,664 individu disaring, 61 positif
KLUSTER PARIT PENYENGAT
- Melibatkan daerah Muar (Johor)
- Kes dikesan positif pada 4 Februari
- Seramai 572 individu disaring, 34 positif
KLUSTER KAMPUNG LUKUT
- Melibatkan daerah Kota Tinggi (Johor)
- Kes dikesan positif pada 28 Januari
- Seramai 33 individu disaring, 15 positif
KLUSTER JALAN JELUTONG
- Melibatkan daerah Kota Tinggi (Johor)
- Kes dikesan positif pada 27 Januari
- Seramai 54 individu disaring, tujuh positif
KLUSTER JALAN PENGIRAN
- Melibatkan daerah Matu (Sarawak)
- Kes dikesan positif pada 24 Januari
- Seramai 113 individu disaring, 20 positif
KLUSTER PERMATA SATU
- Melibatkan daerah Seremban (Negeri Sembilan)
- Kes dikesan positif pada 23 Januari
- Seramai 532 individu disaring, 31 positif
KLUSTER RANTAU TANJUNG
- Melibatkan daerah Maran di Pahang
- Kes dikesan positif pada 27 Januari
- Seramai 21 individu disaring, 14 positif
KLUSTER KAMPUNG PULAU JAWA
- Meliibatkan daerah Pekan di Pahang
- Kes dikesan positif pada 29 Januari
- Seramai 37 individu disaring, 16 positif
BACA: COVID-19: Malaysia sahkan 4,571 lagi kes baharu, Selangor catat kes tertinggi
#COVID-19 #kluster COVID-19 #kes baharu #Kuala Lumpur #Pahang #Negeri Sembilan #Cheras #Kota Tinggi #Seremban #Hulu Selangor #Sepang #jumlah kluster #kluster aktif #PKP #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #kluster baru