COVID-19: 1,946 kes baharu, lapan kematian dicatat

Astro Awani
Ogos 29, 2022 07:40 MYT
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 31,568 dan 30,163 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Isnin menunjukkan sedikit penurunan kepada 1,946 kes berbanding 2,191 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.778 juta kes sejak pandemik melanda negara.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak lapan kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 31,568 dan 95.5 peratus atau 30,163 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,312 kes dirawat di hospital dengan 75 kini ditempatkan di wad ICU di mana 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 3,271 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW
;