COVID-19: 1,918 kes baharu, lapan kematian direkod

Astro Awani
Julai 4, 2022 07:15 MYT
Kes baharu mencatatkan sebanyak 1,918 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lapan kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan pada Ahad berbanding lima kes yang dicatat semalam.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,784 kes.
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, kes baharu mencatatkan sebanyak 1,918 kes dengan dua daripadanya merupakan kes import.
Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 29,382.
28,140 individu atau 95.8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 26 individu ditempatkan di PKRC.
Seramai 1,172 pesakit dirawat di hospital dengan 44 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW
;