COVID-19: 1,867 kes baharu, empat kematian dicatat

Astro Awani
September 29, 2022 07:45 MYT
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,174 dengan 24,071 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Khamis turun ke 1,867 berbanding 2,445 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak empat kes kematian dicatat semalam.
Bagaimanapun tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 25,174 dengan 24,071 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,060 kes dirawat di hospital dengan 24 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,402 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW
;