COVID-19: 1,667 kes baharu, tujuh kematian

Astro Awani
September 20, 2022 06:45 MYT
Dilaporkan 1,079 kes dirawat di hospital dengan 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara catat sedikit peningkatan kepada 1,667 kes berbanding 1,307 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak tujuh kes kematian dicatat semalam, dan dua daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan, (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,715 dan 95.4 peratus atau 23,577 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,079 kes dirawat di hospital dengan 37 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 2,028 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW
;