COVID-19: 1,647 kes baharu, 2,104 pesakit sembuh dan 9 korban

Astro Awani
Mac 11, 2021 19:16 MYT
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh 24 jam lalu, Malaysia merekodkan 1,647 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 319,364. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 1,647 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 319,364.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lima daripadanya merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini pula, kata beliau, ialah sebanyak 17,544.
Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor, jelas Dr Noor Hisham, mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan 712 sebanyak kes, diikuti Johor (170 kes) dan Pulau Pinang (169 kes).
Selain itu, kata beliau, terdapat pertambahan sebanyak sembilan korban baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah kematian dalam negara adalah sebanyak 1,200.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, jumlah pesakit COVID-19 sembuh yang direkodkan dalam tempoh 24 jam ialah sebanyak 2,104 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 300,620.
Setakat ini juga,147 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 61 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Malaysia #COVID-19 #unit rawatan rapi #ICU #Kes sembuh #kes positif #kes kematian
;