COVID-19: 1,630 kes jangkitan baharu, dua kematian dicatat

Astro Awani
November 20, 2022 07:15 MYT
26,798 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 24,847 kes atau 92.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad menunjukkan penurunan.
Data di portal KKMNOW mendedahkan, kes jangkitan semalam sebanyak 1,630 kes berbanding 3,037 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.
Dua kes kematian direkodkan akibat pandemik berkenaan dan tiada kes yang berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 26,798 kes aktif dicatatkan pada Ahad dan daripada jumlah itu 24,847 kes atau 92.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).
Manakala, 1,857 pesakit mendapat rawatan di hospital.
94 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 55 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,989 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #KKMNOW
;