COVID-19: 1,627 kes positif, 5 kematian direkod pada Sabtu

Astro Awani
Oktober 8, 2022 07:00 MYT
Sejumlah 963 pesakit mendapat rawatan di hospital dengan 16 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 27 memerlukan alat bantuan pernafasan. -Astro AWANI/Shahir Omar
JANGKITAN baharu COVID-19 dalam negara pada Sabtu terus menunjukkan penurunan dengan 1,627 kes dilaporkan, berbanding 1,788 kes pada hari sebelumnya.
Menurut data di portal KKMNOW, lima kes kematian dicatat semalam.
Satu kes kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 22,115, dengan 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Sejumlah 963 pesakit mendapat rawatan di hospital dengan 16 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,379 kes sembuh.
#KKMNOW #COVID-19 #bid #kes positif
;