COVID-19: 1,608 kes baharu, dua kematian direkod

Astro Awani
September 25, 2022 06:45 MYT
Dilaporkan 1,142 kes dirawat di hospital dengan 29 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara mencatat sedikit penurunan kepada 1,608 kes pada Ahad berbanding 1,924 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak dua kes kematian dicatat semalam di mana tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,532 dengan 23,336 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Dilaporkan 1,142 kes dirawat di hospital dengan 29 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 2,352 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #COVIDNOW
;