COVID-19: 1,503 kes baharu, tiga lagi kematian dilaporkan

Eton Khir
Mei 2, 2022 10:53 MYT
Sebanyak tiga kes kematian COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,550 kes, serta satu kes meninggal dunia di luar hospital. -Gambar fail/Bernama
SEBANYAK 1,503 kes harian baharu direkodkan semalam (Ahad), menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,449,507 kes.
Menurut data di laman web COVIDNOW, daripada kes yang dilaporkan semalam, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Dalam masa sama, sebanyak 5,839 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 4,372,790 kes.
Sementara itu, sebanyak tiga kes kematian COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,550 kes, serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,522 kes.
Dalam pada itu, sebanyak 41,167 kes aktif dilaporkan melibatkan 39,995 kes dikuarantin di rumah, 29 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Manakala, seramai 1,074 kes di hospital dengan 69 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 45 kes memerlukan bantuan sokongan alat pernafasan
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #COVIDNOW #bid
;